Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC gesa usia persaraan & pengambilan semula pekerja dinaikkan jelang 2026

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dalam usaha membantu para pekerja lebih dewasa, AP Heng Chee How yang juga Timbalan Setiausaha Agung NTUC menggesa agar usia persaraan dan pengambilan semula pekerja dinaikkan menjelang 2026.

Ini bagi memastikan agar golongan tersebut boleh terus bekerja dan ada simpanan bagi usia persaraan selagi boleh berbuat demikian.

"Para pekerja lebih tua bimbang tentang faktor usia, terutama akses kepada latihan,adanya peraturan kerja fleksibel agar mereka boleh terus bekerja sambil menjaga keperluan jagaan, serta pertimbangan adil selaku pencari kerja setelah diberhentikan," jelas Encik Heng.

Tambahnya, kajian menunjukkan bahawa kebimbangan-kebimbangan tentang faktor usia ada asasnya dan ia perlu ditangani.

Dewan juga mendengar pengumuman bahawa Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) NTUC akan ada fungsi baharu mulai 1 April ini.

Iaitu, menawarkan penempatan kerja dan bimbingan kerjaya di pusat-pusatnya di seluruh Singapura.

"Dengan lebih banyak pusat sehenti bagi khidmat kerjaya dan pekerjaan yang ditempatkan secara strategik di merata Singapura, e2i NTUC akan membawa khidmat bimbingan kerjaya yang khusus, pemadanan kerjaya dan peningkatkan kemahiran lebih dekat lagi kepada para individu di kawasan kejiranan serta membantu semua rakyat Singapura dengan pelbagai jenis pekerjaan di merata negara untuk mencari pekerjaan yang lebih baik," kata Timbalan Setiausaha Agung NTUC Desmond Tan.
Sumber : Today/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan