NTUC gesa semakan khidmat jagaan warga emas bagi membantu wanita yang jaga orang tua
NTUC menyeru kerjasama tiga pihak untuk menyemak semula perkhidmatan jagaan warga tua yang ditawarkan serta kerja fleksibel untuk golongan wanita.
SINGAPURA: NTUC menyeru kerjasama tiga pihak untuk menyemak semula perkhidmatan jagaan warga tua yang ditawarkan serta kerja fleksibel untuk golongan wanita.
Menurut kajian Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada 2018, 20 peratus wanita yang tidak bekerja dan berusia antara 40 hingga 59 tahun mendakwa tugas menjaga warga tua adalah sebab utama mereka tidak bekerja.
Semakan khidmat jagaan warga tua yang ditawarkan perlu untuk membantu golongan wanita menguruskan tanggungjawab penjagaan.
Bagi memberi peluang kepada golongan wanita itu bekerja semula pula, lebih banyak tawaran kerja fleksibel diperlukan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.