Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC gesa pemerintah tidak ubah jadual naikkan usia persaraan dan pengambilan semula kerja

Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) menggesa pemerintah supaya tidak mengubah jadualnya untuk menaikkan usia persaraan dan pengambilan semula bekerja, sedang kadar pekerjaan golongan yang lebih berusia kekal kukuh.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 Feb 2021 07:37PM Dikemas Kini : 06 Feb 2021 12:03AM

SINGAPURA: Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) menggesa pemerintah supaya tidak mengubah jadualnya untuk menaikkan usia persaraan dan pengambilan semula bekerja, sedang kadar pekerjaan golongan yang lebih berusia kekal kukuh.

Pada Jun 2-19, kadar pekerjaan golongan berusia 65 tahun dan ke atas, naik 1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sejak awal tahun ini gerakan buruh itu mengorak langkah menaikkan usia persaraan kepada 63 tahun dan 68 tahun bagi usia diambil semula bekerja.

Langkah itu setahun lebih awal daripada jadual pemerintah.

Pemerintah pertama kali mengumumkan rancangan untuk meningkatkan had usia persaraan pada 2019.

Ia akan dinaikkan secara bertahap-tahap kepada 65 tahun menjelang 2030.

Apabila mencapai usia itu, para majikan perlu menawarkan para pekerjanya peluang untuk terus bekerja sehingga mereka mencapai had usia diambil semula bekerja.

Had usia diambil semula bekerja juga akan dinaikkan kepada 70 tahun menjelang 2030.

Timbalan Setiausaha Agung NTUC Heng Chee How berkata golongan pekerja lanjut usia mahu terus bekerja dan para majikan boleh menawarkan peluang latihan kepada mereka.

Encik Heng juga memuji kira-kira 100 syarikat yang mempunyai kesatuan sekerja seperti Prudential yang menaikkan usia persaraan dan pengambilan semula pekerja lanjut usia masing-masing sebelum peraturan itu diwajibkan.

Bahkan sejak tahun 2018, Prudential sudahpun menghapuskan had usia persaraan.

Sementara itu, rancangan untuk menaikkan kadar caruman CPF bagi golongan pekerja lanjut usia ditangguhkan setahun kepada 2022 disebabkan pandemik COVID-19 yang menjejas ekonomi. 

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan