NTUC gesa lebih banyak dana sokong program latihan di tengah kebimbangan keselamatan pekerjaan
Anggaran Waktu Membaca:

Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng semasa sesi media jelang Belanjawan 2025 pada 13 Feb 2025. (Gambar: NTUC)
SINGAPURA: Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) menyeru lebih banyak sokongan kewangan untuk program-program latihan yang diterajui syarikat dalam tempoh lima tahun akan datang, menjelang Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada Selasa depan (18 Feb).
Ini selepas tinjauan NTUC baru-baru ini menunjukkan bahawa satu daripada tiga rakyat Singapura bimbang tentang keselamatan pekerjaan mereka dalam tempoh tiga bulan akan datang.
Laporan Forum Ekonomi Dunia (WEF) juga menunjukkan bahawa 70 peratus tenaga kerja Singapura perlu menjalani peningkatan kemahiran atau kemahiran semula menjelang 2032, manakala 60 peratus firma Singapura mengenal pasti jurang kemahiran sebagai penghalang kepada usaha transformasi perniagaan masing-masing.
Semasa sesi media pada Khamis (13 Feb), Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng mengulangi gesaan oleh gerakan buruh agar pembiayaan pemerintah selanjutnya untuk geran Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC), yang membantu firma-firma mengubah perniagaan mereka demi mengekalkan dan merekrut kakitangan.
Sejak geran itu dilancarkan pada 2022, 85 peratus daripada S$100 juta awal telah digunakan untuk projek-projek yang diluluskan untuk menyokong sekitar 7,000 pekerja.
Encik Ng berkata "sesuatu yang penting" dari segi pembiayaan tambahan amat "berguna", walaupun beliau tidak memberikan angka tertentu.
Beliau pertama kali mengusulkan lebih banyak dana pemerintah di pameran pekerjaan anjuran NTUC pada bulan lalu.
Menyifatkan geran CTC sebagai "inisiatif pencetus", Encik Ng berkata NTUC dan majikan-majikan telah "menjalankan kerja yang baik untuk menggalakkan gaji pekerja (dan) daya kerja pekerja".
“Peningkatan daya penghasilan telah membolehkan para pekerja mendapat, secara purata, kenaikan gaji 5 peratus berbanding kenaikan tahunan. Dan ini bukan sahaja untuk pekerja kolar biru, tetapi juga untuk PME (karyawan, pengurus dan eksekutif),” tambahnya.
"Lantaran itu, kami berharap pemerintah akan terus menyokong geran CTC, supaya kami dapat meningkatkan usaha di lapangan."
Penempatan pekerja untuk PME dan teknisyen mahir oleh Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) meningkat hampir dua kali ganda daripada 8,800 pada 2023 kepada 17,000 tahun lalu, menurut NTUC dalam kemas kininya.
Begitu juga, peratusan pemohon kerja PME yang mendapatkan bantuan daripada e2i telah meningkat daripada 45 kepada 61 peratus antara suku terakhir 2023 dan tempoh yang sama tahun lalu.
SKIM PERINTIS
NTUC juga menyatakan pada Khamis (13 Feb) bahawa ia akan merintis satu skim yang diberi nama Kumpulan Mentor Syarikat, dalam usaha menghubungkan pekerja dengan mentor untuk bimbingan kemahiran dan kerjaya.
Di bawah inisiatif itu, firma-firma berkesatuan akan dapat memanfaatkan 1,200 mentor dan peneraju industri yang berpengalaman dalam Rangkaian Mentor NTUC.
Ia akan dimulakan dengan syarikat-syarikat di bawah Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan, Kesatuan Kakitangan ST Engineering dan Kesatuan Industri Pekerja Elektronik dan Elektrik.
Butiran lanjut tentang bila skim perintis itu akan bermula dan berapa lama ia akan dijalankan akan diumumkan tidak lama lagi.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.