NTUC gesa bantuan kewangan tambahan untuk program latihan selama 5 tahun
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Menjelang pembentangan Belanjawan tahun ini, pergerakan buruh menyeru agar lebih banyak sokongan kewangan disediakan dalam tempoh lima tahun akan datang bagi program-program latihan yang diterajui syarikat.
Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng berharap untuk bekerjasama dengan pemerintah dan para majikan bagi melakar pertumbuhan Singapura bagi masa depan.
Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) diperkenalkan pada 2022 untuk membantu syarikat-syarikat mengubah perniagaan masing-masing, agar dapat merekrut dan mengekalkan para pekerja.
Hari ini, 85 peratus daripada dana berjumlah S$100 juta yang diperuntukkan sudahpun digunakan bagi memberi manfaat kepada lebih 7,000 pekerja.
Itu sebabnya Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng menggesa agar sokongan bagi geran CTC ditambahkan.
Beliau berkata: "Kami sebenarnya sudah melakukan kerja yang baik untuk menggalak gaji pekerja, daya bekerja para pekerja, seiring dengan perniagaan yang lebih baik. Peningkatan pada daya penghasilan membolehkan para pekerja untuk memperolehi purata kenaikan gaji sebanyak 5 peratus melebihi kenaikan tahunan.
"Ia bukan sahaja untuk pekerja kolar biru tetapi juga untuk PMET. Maka itu, kami berharap pemerintah boleh menyokong geran CTC supaya kami boleh meluaskan usaha di lapangan".
Dalam satu sesi media, Encik Ng mengesahkan lagi komitmen pergerakan buruh terhadap usaha meningkatkan jaminan pekerjaan dan pengembangan kerjaya bagi para pekerja, terutama sekali untuk golongan Karyawan, Pengurus dan Eksekutif.
Ini setelah hasil tinjauan terikini NTUC mendapati bahawa satu daripada setiap tiga rakyat Singapura bimbang akan jaminan pekerjaan bagi tempoh tiga bulan akan datang.
Encik Ng berkata NTUC sedia berganding bahu dengan pemerintah dan majikan berhubung strategi pertumbuhan negara yang seterusnya.
"NTUC akan bekerjasama dengan rakan kongsi tiga pihak untuk melaksanakan kebanyakan program ini dan pada akhirnya, dalam dunia yang tidak menentu ini, kami berharap dalam pembentangan Belanjawan mungkin pemerintah boleh berkongsi apa yang menjadi strategi pertumbuhan bagi Singapura, supaya rakan kongsi tiga pihak boleh menyokong dasar-dasar tersebut dan memberi kita peluang terbaik untuk mempunyai ekonomi yang kukuh dengan perniagaan yang berkembang maju, supaya para pekerja kita mempunyai mata pencarian yang baik."
Sementara itu, pergerakan buruh akan meluaskan program pementoran bagi menghubungkan syarikat-syarikat berkesatuan dengan pemimpin industri yang berpengalaman.
Ia berharap untuk memacu kemajuan kerjaya bagi para pekerja di samping mewujudkan budaya pembelajaran dan pelan pembangunan yang berterusan.

Sumber : CNA/AI/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.