Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC First Campus lancar program sokong kanak-kanak dengan keperluan pembangunan

Anggaran Waktu Membaca:
NTUC First Campus lancar program sokong kanak-kanak dengan keperluan pembangunan

Gambar: Instagram/ Sun Xue Ling

SINGAPURA: NTUC First Campus melancarkan satu program baru yang bertujuan menjadikan prasekolahnya lebih mesra kanak-kanak dengan keperluan pembangunan pada Rabu (10 Mei).

Program Spesialis Sokongan Pembangunan itu menempatkan pakar-pakar di prasekolah demi membantu para guru dan pelajar.

Bermula sejak Januari, ia kini membantu 60 kanak-kanak sedemikian di lapan prasekolah My First Skool.

Langkah ini diambil setelah kajian-kajian menunjukkan bahawa bilangan kanak-kanak yang didiagnos dengan "kelewatan pembangunan" kini semakin meningkat.

"Guru pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan sangat penting dalam proses ini. Apa yang dikatakan guru, bagaimana mereka membimbing murid, semua ini ada kesan jangka panjang sangat penting tentang bagaimana kanak-kanak melihat rakan-rakan mereka, yang mungkin mempunyai upaya berbeza," kata Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga Sun Xue Ling.
Sumber : CNA/DY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan