NTUC FairPrice tutup 3 hari cawangan Finest Bedok Mall setelah pekerja dijangkiti COVID-19
NTUC FairPrice Finest di pusat beli-belah Bedok Mall akan ditutup selama tiga hari mulai Rabu (1 Apr) setelah seorang pekerjanya diuji positif COVID-19.
SINGAPURA: NTUC FairPrice Finest di pusat beli-belah Bedok Mall akan ditutup selama tiga hari mulai Rabu (1 Apr) setelah seorang pekerjanya diuji positif COVID-19.
Pekerja itu sudahpun dikuarantin dan keadaannya sedang dipantau oleh para pegawai perubatan.
Menurut kenyataan media NTUC FairPrice, semua pekerja yang bertugas di cawangan Bedok Mall sudahpun diletakkan di bawah Cuti Ketidakhadiran (LOA).
"Kakitangan terjejas bekerja di bahagian belakang untuk mengisi semula stok dan tidak berurusan dengan pelanggan," jelas NTUC FairPrice.
Kakitangan itu kali terakhir bekerja pada 25 Mac lalu. Beliau mengambil cuti pada 26 Mac dan berjumpa doktor pada keesokan harinya kerana demam. Sejak itu, pekerja tersebut sedang cuti sakit, menurut kenyataan itu lagi.
"FairPrice sedang menghulurkan bantuan yang diperlukan kepada kakitangan yang terjejas itu dan juga keluarganya sepanjang tempoh ini," tulis kenyataan itu.
Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.