NTUC FairPrice tidak lanjutkan langkah beku harga 100 produk jenama sendiri
Rangkaian pasar raya terbesar di Singapura NTUC Fairprice tidak akan melanjutkan langkah membekukan harga barang-barang keperluan.

(Gambar: NTUC FairPrice)
SINGAPURA: Rangkaian pasar raya terbesar di Singapura NTUC Fairprice tidak akan melanjutkan langkah membekukan harga barang-barang keperluan.
Daya usaha untuk membekukan harga 100 barangan jenamanya dijadual berakhir esok (31 Dis).
Pembekuan harga itu dilanjutkan pada Jun lalu untuk membantu rakyat menampung sebarang kenaikan semasa waktu pandemik ini.
FairPrice menganggarkan lebih S$24 juta dapat dijimatkan oleh isi rumah di merata Singapura sejak Mac lalu.
Dalam kenyataannya kepada Mediacorp, Fairprice menambah meskipun ia tidak akan terus membekukan harga barangannya, barangan jenamanya sendiri adalah 10 peratus lebih murah.
Bagaimanapun, skim potongan harga bagi Generasi Perintis dan Generasi Merdeka akan diteruskan buat setahun lagi sehingga akhir tahun depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.