Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC FairPrice tawarkan lebih banyak produk halal, 'Pek Iftar' dan gerai kuih sempena Ramadan ini

Anggaran Waktu Membaca:
NTUC FairPrice tawarkan lebih banyak produk halal, 'Pek Iftar' dan gerai kuih sempena Ramadan ini
Gambar hiasan
Diterbitkan : 23 Mar 2023 07:23PM Dikemas Kini : 23 Mar 2023 07:30PM
SINGAPURA: Lebih banyak barangan yang dijamin halal ditawarkan NTUC FairPrice bagi memenuhi keperluan pelanggan Muslim dengan lebih baik lagi pada Ramadan ini.

NTUC FairPrice kini menawarkan lebih 9,500 produk halal di seluruh rangkaian 153 pasar rayanya di seluruh Singapura.

Jumlah itu 21 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Selain produk kurma, terdapat juga barangan sedia dimakan seperti rendang dan serunding.

Tambahan lagi, Sudut Halal (Halal Corners) yang juga dikhususkan di 32 cawangan FairPrice di merata Singapura bagi menjual produk makanan delikatesen yang halal dan panas.

Bagi pelanggan Muslim juga, NTUC FairPrice akan mengagihkan pek minuman dan kurma atau pek makanan ringan di 60 cawangan termasuk di Yew Tee Point, Singpost Centre dan Tampines Blk 475 mulai hari ini (23 Mac) hingga 21 April 2023.

'Pek Iftar' itu akan diagihkan 30 minit sebelum dan selepas Iftar.

Sepanjang bulan Ramadan ini juga, para pelanggan juga boleh menjamu kuih dan kek-kek yang baru dibuat seperti kek tapak kuda, kek kukus, kuih makmur, koleh-koleh dan bakar pandan di gerai kuih yang terdapat di 16 cawangan FairPrice tertentu termasuk cawangannya di Jem, stesen MRT Yishun dan White Sands.

Senarai penuh bagi cawangan yang menawarkan 'Pek Iftar' dan gerai kuih itu boleh didapatkan di laman NTUC FairPrice.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan