Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC FairPrice tawar potongan harga 3% kepada Generasi Merdeka mulai 1 Julai

Warga emas Generasi Merdeka akan mendapat potongan harga 3 peratus di lebih 140 cawangan NTUC FairPrice setiap Rabu mulai 1 Julai, menurut kenyataan media rangkaian pasar raya itu pada Isnin (17 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jun 2019 03:05PM Dikemas Kini : 17 Jun 2019 11:06PM

SINGAPURA: Warga emas Generasi Merdeka akan mendapat potongan harga 3 peratus di lebih 140 cawangan NTUC FairPrice setiap Rabu mulai 1 Julai, menurut kenyataan media rangkaian pasar raya itu pada Isnin (17 Jun).

Promosi itu yang ditawarkan selama setahun, juga akan ditawarkan kepada Generasi Perintis yang buat masa ini menikmati potongan harga 3 peratus setiap Isnin.

Encik Seah Kian Peng, Ketua Pegawai Eksekutif NTUC FairPrice berkata: "Faedah tambahan kepada Generasi Merdeka adalah tanda penghargaan FairPrice atas sumbangan warga emas kepada pembangunan Singapura sebagai negara yang bertenaga dan bersatu padu."

BAYARAN GUNAKAN EZ-LINK

Warga emas juga boleh menggunakan kad EZ-Link mereka, termasuk kad PAssion Silver dan kad Konsesi PAssion Silver untuk membuat bayaran mulai 1 Julai.

Para anggota Generasi Merdeka akan menerima tokokan kad PAssion Silver bernilai S$100 dari Pemerintah.

Untuk menikmati potongan harga tersebut, para pelanggan perlu menunjukkan kad Generasi Merdeka atau Generasi Perintis di kaunter bayaran, atau memilih potongan harga di kaunter-kaunter layan diri.

Potongan harga dihadkan kepada S$200 bagi setiap transaksi pada setiap hari.

Dengan potongan harga itu, FairPrice kini menawarkan potongan harga kepada warga emas tiga hari seminggu - potongan harga tiga peratus untuk Generasi Perintis pada Isnin, potongan harga 2 peratus bagi warga tua pada Selasa dan 3 peratus untuk Generasi Perintis dan Merdeka pada setiap Rabu.

FairPrice menyatakan pihaknya menanggung kos S$9.8 juta sepanjang 12 bulan akan datang untuk membiayai ketiga-tiga skim potongan harga itu.

FairPrice adalah syarikat rangkaian pasar raya terbesar di Singapura dengan lebih 200 cawangan di merata negara.

Rakyat Singapura yang dilahirkan pada atau sebelum 31 Disember 1949 dan sudah mendapat kerakyatan sebelum akhir 1986 layak menerima pakej Generasi Perintis.

Mereka yang lahir antara 1 Januari 1950 hingga 31 Disember 1959 dan mendapat kerakyatan sebelum akhir 1996 layak menerima pakej Generasi Merdeka. 

Sumber : CNA/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan