Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC FairPrice tawar potongan harga 15% bagi beras; tangani keprihatinan inflasi

Anggaran Waktu Membaca:
NTUC FairPrice tawar potongan harga 15% bagi beras; tangani keprihatinan inflasi

Cawangan FairPrice di Chinatown Point. (Gambar: CNA Reader)

Diterbitkan : 27 Oct 2022 07:49AM Dikemas Kini : 27 Oct 2022 08:44AM
SINGAPURA: NTUC FairPrice akan menawarkan diskaun 15 peratus ke atas tiga produk beras selama dua minggu bagi menangani kebimbangan di tengah-tengah inflasi.

Demikian menurut FairPrice Group pada Khamis (27 Okt).

Potongan harga bagi beras-beras jenama Songhe AAA Thai Hom Mali (5kg), Double FP Thai Hom Mali Premium Quality Fragrant Rice (10kg) dan beras perang FairPrice Thai Brown Rice (5kg) akan ditawarkan dari 27 Oktober hingga 9 November di semua pasar raya FairPrice yang berformat runcit, termasuk FairPrice Online.

Setiap pelanggan boleh membeli sehingga empat beg beras semasa tempoh promosi itu, menurut satu kenyataan media FairPrice pada awal Khamis (27 Okt).

"Harga bagi tiga produk ini belum disesuaikan sejak 2020, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan FairPrice bagi menyederhanakan kos sara hidup untuk keperluan harian," tambah Fairprice.

Inflasi teras Singapura naik kepada 5.3 peratus pada September, sebahagian besarnya dipacu oleh kenaikan lebih tinggi pada harga makanan, perkhidmatan dan runcit serta barangan lain.
Jun lalu, Pemerintah mengumumkan pakej sokongan bernilai S$1.5 bilion bagi menangani inflasi, menyediakan bantuan serta-merta untuk golongan berpendapatan rendah dan yang lebih mudah terdedah.

"Beras adalah makanan ruji utama dan keperluan asas bagi kebanyakan isi rumah di Singapura. Dengan inflasi semasa yang belum pernah berlaku sebelum ini, ditambah dengan gangguan pada rantaian bekalan, kos sara hidup yang semakin meningkat menjadi kebimbangan utama para pengguna," kata Ketua Pegawai Eksekutif FairPrice Group Vipul Chawla pada Khamis.

"Bagi meredakan kebimbangan ini, FairPrice terus mengukuhkan lagi usaha kami untuk menyederhanakan kos sara hidup. Pemotongan harga terkini dikenakan bagi produk-produk beras yang bukan sahaja popular, tetapi juga produk yang mana harganya kekal stabil sejak dua tahun lalu, bagi memastikan kami dapat memberi penjimatan yang ketara kepada masyarakat."

Fairprice menyatakan bahawa ia melaksanakan usaha secara berkala dalam menyediakan tanda aras bagi harga-harga untuk keperluan asas di Singapura.

Awal tahun ini, ia menyediakan diskaun 10 peratus bagi empat produk minyak masak untuk menangani keprihatinan berhubung harga minyak yang semakin melonjak. Ini selain menawarkan diskaun khas bagi telur segar jenama Pasar selama seminggu disebabkan harga telur yang meningkat.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan