Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC Fairprice tawar potongan harga 1% bagi 500 barangan keperluan

Anggaran Waktu Membaca:
NTUC Fairprice tawar potongan harga 1% bagi 500 barangan keperluan

(Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

SINGAPURA: Pasar raya NTUC Fairprice akan memberi potongan harga satu peratus bagi 500 barangan keperluan rumah dalam tempoh enam bulan pertama tahun depan.

Ini termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, daging dan perkakas membersihkan rumah.

Di acara bagi mengumumkan inisiatif tersebut, Encik Vipul Chawla, Ketua Pegawai Eksekutif FairPrice Group berkata: “Ini penting kerana kita sedar bahawa kita hidup pada era di mana berlaku inflasi yang mencecah paras yang belum pernah disaksikan sebelum ini dan pelanggan kami semakin tertekan dengan kesan inflasi pada kehidupan seharian mereka.”

Tawaran tersebut juga meliputi barangan yang dijual di wadah online pasar raya itu.

Potongan harga itu juga bertujuan untuk mengimbangi kesan kenaikan cukai GST, daripada tujuh kepada lapan peratus.

Pada minggu lalu, Fairprice melancarkan satu lagi inisiatif, iaitu memberikan potongan harga mingguan bagi pelbagai barangan, selain daripada membekukan harga.
Sumber : Today/MU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan