Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC FairPrice meterai perjanjian 3 tahun import hasil pertanian langsung dari Taiwan

Rangkaian pasar raya NTUC FairPrice menandatangani perjanjian selama tiga tahun mulai hari ini (26 Feb) untuk mengimport hasil pertanian secara langsung dari Kaohsiung, Taiwan.

Anggaran Waktu Membaca:
NTUC FairPrice meterai perjanjian 3 tahun import hasil pertanian langsung dari Taiwan
Diterbitkan : 26 Feb 2019 08:15PM Dikemas Kini : 26 Feb 2019 08:18PM

SINGAPURA: Rangkaian pasar raya NTUC FairPrice menandatangani perjanjian selama tiga tahun mulai hari ini (26 Feb) untuk mengimport hasil pertanian secara langsung dari Kaohsiung, Taiwan.

Ini akan menjadikan harga barangan lebih dimampui kerana tidak lagi melibatkan orang tengah.

Ia juga sebahagian daripada usaha memperkukuh daya tahan bekalan makanan dengan mempelbagaikan sumber bekalan.

Di bawah perjanjian itu NTUC FairPrice menyasarkan untuk mengimport hasil pertanian Kaohsiung bernilai sekitar S$1 juta setiap tahun.

Rangkaian pasaraya itu juga akan mempromosikan hasil pertanian yang diimport dari Taiwan itu secara eksklusif selama enam bulan, termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran seperti jambu batu, anggur, lobak dan kubis.

Dua pesta Taiwan juga akan dianjurkan secara tahunan memaparkan buah-buahan dan sayuran-sayuran musiman dari Taiwan. Pesta pertama akan diadakan bulan depan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan