Skip to main content

Singapura

NTUC Fairprice henti import strawberi dari Australia

Mulai hari ini (24 Sep) rangkaian pasar raya NTUC Fairprice menghentikan semua import buah strawberi dari Australia.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Sep 2018 09:35PM Dikemas Kini : 24 Sep 2018 09:41PM

SINGAPURA: Mulai hari ini (24 Sep) rangkaian pasar raya NTUC Fairprice menghentikan semua import buah strawberi dari Australia.

Langkah tersebut menyusuli penemuan jarum-jarum dalam buah strawberi yang ditanam di Australia.

NTUC Fairprice memberitahu Mediacorp bahawa buah-buah strawberi Australia yang diimportnya sebelum ini akan terus dijual sehingga habis.

Bagaimanapun, para pengguna tempatan sudah mengurangkan pembelian buah itu.

Menurut pasar raya berkenaan penjualan strawberi merosot sebanyak 10 peratus sejak kejadian pencemaran jarum itu berlaku.

Namun pihak berkuasa menggesa orang ramai supaya tidak cemas.

Mereka yang sudah membeli buah strawberi keluaran Australia dinasihati agar memotong kecil-kecil sebelum memakannya. 

Sumber : CNA/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita