Skip to main content

Singapura

NTUC Enterprise akan ambil alih Kopitiam

NTUC Enterprise akan mengambil alih syarikat pengendali medan selera tempatan, Kopitiam Investment dan anak-anak syarikatnya.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Sep 2018 10:40PM Dikemas Kini : 21 Sep 2018 10:44PM

SINGAPURA: NTUC Enterprise akan mengambil alih syarikat pengendali medan selera tempatan, Kopitiam Investment dan anak-anak syarikatnya.

Kopitiam yang mula beroperasi 30 tahun lalu, kini mempunyai 56 medan selera, 21 kedai kopi dan tiga pusat penjaja merata negara.

Secara keseluruhannya, ia menggajikan lebih 1,000 kakitangan. Kebanyakan medan selera dan kedai-kedai makannya terletak di sebelah timur.

NTUC Foodfare kini mengendalikan 23 medan selera dan kedai kopi merata negara. Jika syarat-syarat pengambilan alih itu diluluskan, urus niaga tersebut dijangka selesai pada hujung tahun ini.

Kopitiam dan NTUC Foodfare akan terus beroperasi secara berasingan selepas penggabungan itu.

Namun, kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam bidang-bidang seperti penggunaan teknologi. 

Sumber : CNA/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita