NTUC ditetapkan sebagai 'individu penting dari segi politik' di bawah FICA
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY
SINGAPURA: Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) menjadi pertubuhan ketiga yang ditetapkan sebagai "individu penting dari segi politik" (PSP) di bawah Akta Campur Tangan Asing (Langkah Tindakan Balas) (FICA).
Ia diberi masa 14 hari - selepas pertama kali diumumkan mengenai hasrat pemerintah untuk menetapkannya sedemikian - untuk menyerahkan perwakilan kepada Pendaftar Pendedahan Asing dan Politik, yang dilantik oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri.
Pada Jumaat (26 Jul), Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MFA) menyatakan NTUC belum mengemukakan sebarang perwakilan.
Pendaftar "MASIH berpandangan bahawa NTUC harus ditetapkan sebagai PSP", menurut MHA.
"Sama seperti PSP lain yang ditetapkan, NTUC mempunyai hak untuk merayu kepada Menteri Ehwal Dalam Negeri terhadap keputusan Pendaftar."
Dengan ditetapkan sebagai PSP, gerakan buruh itu perlu mengisytiharkan setiap tahun sebarang sumbangan politik berjumlah S$10,000 atau lebih, serta sebarang kaitan dengan pihak asing.
"Syarat-syarat ketelusan ini akan mengurangkan risiko NTUC menjadi sasaran campur tangan asing," jelas MHA.
Dalam kenyataannya pada Jumaat, NTUC menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai keputusan MHA untuk secara rasmi menetapkan NTUC sebagai individu penting dari segi politik di bawah Akta (Langkah Tindakan Balas) Campur Tangan Asing (FICA).
Menurut Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng, pertubuhan itu maklum bahawa ia ditetapkan sebagai PSP tanpa bantahan.
Beliau juga berkata NTUC sedia maklum bahawa keputusan MHA adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mencegah sebarang campur tangan asing.
"NTUC akan terus memperjuangkan kepentingan para pekerja berhubung gaji, kebajikan dan prospek pekerjaan yang lebih baik. Kami memberi jaminan kepada orang ramai dan rakan kongsi kami bahawa operasi serta perkhidmatan kami akan diteruskan seperti biasa," tambah Encik Ng.
KAITAN YANG RAPAT, SIMBIOTIK DENGAN PAP
Pada 11 Julai, NTUC dimaklumkan mengenai hasrat pemerintah untuk menetapkannya sebagai PSP disebabkan oleh "hubungannya yang rapat dan simbiotik" dengan Parti Tindakan Rakyat (PAP).

MHA juga menyifatkan penetapan NTUC itu sebagai "langkah awal".
"Ia bukan kerana NTUC telah dikompromi oleh individu asing, atau telah melakukan sebarang salah laku atau apa-apa yang membimbangkan," jelas kementerian itu semasa menjawab pertanyaan media.
Ia turut mendedahkan bahawa Pendaftar hanya berhasrat untuk menetapkan NTUC di peringkat persekutuan.
"Entiti lain yang ada kaitan dengan NTUC mempunyai sedikit atau tiada kaitan langsung dengan politik Singapura, dan tiada kepentingan awam untuk menetapkan mereka," dedah MHA.
Dalam pada itu, penetapan NTUC tidak akan meliputi kesatuan gabungan, persatuan gabungan atau perusahaan sosial, yang merupakan entiti undang-undang yang berasingan.
"Penamaan NTUC juga tidak akan termasuk kakitangan NTUC seperti ahli Jawatankuasa Pusat dan pekerjanya," tambah MHA, sambil menyatakan beberapa ahli dan pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Pusat NTUC mungkin sudah ditetapkan sebagai PSP berdasarkan peranan mereka di luar NTUC.
NTUC menegaskan bahawa ia tidak menerima sebarang sumbangan daripada mana-mana entiti politik.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.