NTUC buka pusat sementara bagi pemandu teksi, kereta sewa privet mohon bantuan
Lebih banyak bantuan boleh dijangkakan bagi golongan pemandu teksi dan kereta sewa privet yang terjejas dengan wabak COVID-19.
SINGAPURA: Lebih banyak bantuan boleh dijangkakan bagi golongan pemandu teksi dan kereta sewa privet yang terjejas dengan wabak COVID-19.
NTUC sudah menubuhkan sebuah pusat jagaan sementara di Downtown East di mana mereka boleh memohon bagi pekerjaan baru atau mendaftarkan diri bagi kursus latihan.
Sejauh ini ada sekitar 20 pemandu teksi dan kereta sewa privet di bawah skim baru yang membolehkan mereka dipadankan dengan syarikat penghantaran untuk pilihan pekerjaan alternatif.
NTUC menambah bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan rakan kongsi dan pemilik perniagaan untuk menyediakan pilihan sedemikian bagi golongan pemandu teksi dan kereta sewa privet.
Mereka boleh mendapatkan lebih banyak maklumat dan permohonan bantuan serta kursus latihan di pusat jagaan baru sementara ini.
Rancangan juga sedang dipertimbangkan bagi pusat yang sama dibuka di merata negara untuk menyediakan lebih banyak bantuan kepada mereka yang bekerja sendiri.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.