Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC bentuk perikatan kajian bagi teliti trend buruh, tangani isu-isu baharu

Anggaran Waktu Membaca:
 NTUC bentuk perikatan kajian bagi teliti trend buruh, tangani isu-isu baharu

Bangunan NTUC Centre di 1 Marina Boulevard. (Gambar: iStock/Ridham Supriyanto)

SINGAPURA: Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) membentuk sebuah masyarakat kajian untuk menangani isu-isu buruh dan memenuhi tuntutan tenaga kerja yang berubah-ubah.

Labour Alliance co-laB (LAB) itu akan menyatukan 50 pengkaji, ahli akademi dan pengamal untuk mengenal pasti dan menangani keperluan dan cabaran para pekerja.

Inisiatif itu dilancarkan semasa Persidangan Kajian Buruh pada Khamis (26 Sep), yang dihadiri lebih 500 pemimpin kesatuan, pakar industri, agensi pemerintah dan ahli akademik.

Kajiannya akan meliputi tema seperti produktiviti, ekonomi global, kesejahteraan pekerja dan trend-trend tenaga kerja yang baru muncul.

Kajian itu boleh membantu para pekerja dan gerakan buruh mengharungi landskap ekonomi yang sentiasa berubah dan transformasi pesat tempat kerja.

Para pakar akan menerima sokongan dari segi dana dan akses kepada sumber serta perkongsian data.

Menurut NTUC inisiatif itu mewakili detik penting dalam komitmennya untuk menyediakan gaji, kebajikan dan prospek kerja yang lebih baik untuk para pekerja.

KUMPULAN BERBILANG DISIPLIN

Encik Patrick Tay, penolong setiausaha agung NTUC, berkata dengan menyatukan pihak-pihak berbilang bidang, masyarakat itu boleh memahami isu-isu dengan lebih baik dan mengeluarkan dapatan serta saranan.

"Semakin lama, semakin banyak isu-isu yang dialami pekerja dan tenaga kerja adalah berbilang bidang dan memerlukan pakar buruh yang berbeza dalam bidang kajian berbeza," kata beliau.

"Dengan menyatukan kepakaran dan perspektif yang pelbagai, kita boleh saling membantu mengenal pasti aspek-aspek yang tidak disedari, mencabar tanggapan dan meneroka pandangan lebih meluas," tambah beliau.

"Dengan menyatukan semua orang, kita akan ada kerjasama dan sinergi lebih besar. Kami mahu dapatan-dapatan dan saranan itu membawa kesan positif kepada para pekerja."

Para sukarelawan dari Institut Pengajian Tinggi, badan pemikir dan agensi kajian pemerintan akan menjadi sebahagian perikatan ini.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan