Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTUC bentuk lebih 2,300 Jawatankuasa Latihan Syarikat sejak 5 tahun lalu

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Aug 2024 11:03AM Dikemas Kini : 02 Aug 2024 12:08AM
SINGAPURA: Pergerakan buruh NTUC mengatakan ia telah membentuk lebih 2,300 Jawatankuasa Latihan Syarikat atau CTC sepanjang tempoh lima tahun lalu.

Jawatankuasa itu membantu syarikat-syarikat, kesatuan sekerja dan pekerja bekerjasama dalam soal latihan.

Dalam mesej beliau sempena Hari Kebangsaan, Setiausaha Agung NTUC, Ng Chee Meng telah menekankan tentang pentingnya latihan dan latihan berterusan.

Beliau juga berkata jumlah anggota NTUC telah bertambah 40 peratus sejak tahun 2021 kepada lebih 1.3 juta orang sekarang.

Ia, katanya berbeza dengan keadaan di negara-negara lain di mana jumlah anggota kesatuan sekerja, merosot.

Encik Ng menambah NTUC akan terus memberikan sokongan kepada para pekerja, tanpa mengira usia, jenis pekerjaan atau kerakyatan mereka.

Pergerakan buruh itu juga menggalakkan keadilan dan keterangkuman atau ciri inklusif.

Di samping itu, NTUC akan memperjuangkan kepentingan para pekerja lebih muda kerana mereka adalah pemimpin masa hadapan serta penggerak pembaharuan dan perubahan.
Sumber : CNA/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan