Skip to main content

Singapura

NTUC akan terus dampingi golongan belia dan PME untuk kekal relevan

Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) akan mendekati belia, profesional (karyawan), pengurus dan eksekutif (PME) dengan lebih lanjut dalam usahanya untuk kekal menjadi wakil bagi mereka.
Anggaran Waktu Membaca:

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 13 Nov 2025 06:21PM Dikemas Kini : 26 Nov 2025 03:49PM
SINGAPURA: Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) akan mendekati belia, profesional (karyawan), pengurus dan eksekutif (PME) dengan lebih lanjut dalam usahanya untuk kekal menjadi wakil bagi mereka.

Keutamaan lain termasuk menyokong pekerja pertengahan kerjaya dan memanfaatkan sektor pertumbuhan baharu seperti ekonomi hijau.

"Pembaharuan ini bukan sekadar tentang angka. Ia tentang mengekalkan betapa relevan pergerakan ini untuk generasi masa depan.

"NTUC yang lebih mewakili semua bukan sahaja akan memberi suara kepada jenis pekerja yang lebih luas, tetapi juga akan mengukuhkan asas perkongsian tiga pihak kita, dengan menjadikan kerjasama tiga pihak lebih responsif, lebih relevan dan lebih bersedia untuk masa depan.

"Ini akan memberikan manfaat kepada pekerja, perniagaan dan juga pemerintah," kata Timbalan Perdana Menteri, Gan Kim Yong.

Berucap di Persidangan Perwakilan Biasa NTUC, yang berfungsi sebagai kemas kini kemajuan pertengahan penggal, Encik Gan menambah bahawa usaha memperluas jangkauan NTUC akan membantu menjangkakan perubahan industri dan menyokong rekaan dasar yang lebih baik.

Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng berkongsi bahawa secara keseluruhan, pergerakan buruh itu mencecah lebih 1.4 juta ahli.

Encik Ng juga menarik perhatian tentang program bimbingan dan kesediaan kerjaya yang akan diadakan untuk golongan belia dan PME.
Sumber : CNA/AA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita