NTUC akan sokong pekerja tangani cabaran mendatang, rebut peluang baharu
Pergerakan buruh NTUC menyatakan bahawa ia akan bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk menyokong para pekerja menangani cabaran-cabaran yang mendatang serta merebut peluang-peluang baharu, dalam perutusannya sempena Hari Buruh yang jatuh pada 1 Mei.
Kenyataan tersebut dibuat sedang pergerakan tersebut mengharungi ketegangan dagangan yang semakin meningkat, serta memantau isu tarif yang memberi kesan terhadap para pekerja.
Menurut NTUC, ia juga akan meneruskan usaha menyokong semua segmen pekerja.
Ini termasuk golongan belia, Karyawan, Pengurus dan Eksekutif (PME), para pekerja platform, pekerja warga emas dan golongan penjaga.
Selain itu, NTUC juga akan bekerjasama lebih rapat dengan pihak pemerintah demi mempertingkat para pekerja, sejajar dengan sambutan 60 tahun kemerdekaan Singapura tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.