NTU umum pelan kurangkan 50% karbon jelang 2035
Universiti Teknologi Nanyang (NTU) hari ini (11 Okt) mengumumkan pelan kemampanan selama 15 tahun dengan matlamat mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 50 peratus menjelang 2035.

(Gambar fail: TODAY)
SINGAPURA: Universiti Teknologi Nanyang (NTU) hari ini (11 Okt) mengumumkan pelan kemampanan selama 15 tahun dengan matlamat mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 50 peratus menjelang 2035.
NTU turut melancarkan satu program Nota Jangka Sederhana S$1 bilion untuk menyokong pelan hijau tersebut.
Diuruskan oleh Bank OCBC, program itu membolehkan NTU mengeluarkan bon terkait kemampanan jika perlu.
Hasil dari penjualan bon itu akan digunakan bagi usaha mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan air, serta pengeluaran sisa.
Agensi rating kredit, Moody telah memberikan NTU penilaian tertinggi Tiga A, serta rating harapan yang stabil.
Sementara itu, NTU juga akan turut membentuk sebuah Pejabat Kemampanan yang baru, bagi menyelaras dan memacu pelan hijau.
Tujuh syarikat berbilang negara (MNC) juga memberikan komitmen untuk menjadi rakan kongsi NTU dalam mencapai wawasan tersebut.
Firma-firma itu termasuk syarikat Amerika Applied Materials, syarikat Jerman Continental AG, serta syarikat Hyundai asal Korea Selatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.