Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTU tawar ijazah perubatan sendiri mulai 2029

Kerjasama antara Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Kolej Imperial London untuk membangunkan Sekolah Perubatan Lee Kong Chian (LKCMedicine) akan berakhir pada 2028 seperti dirancang, sekaligus menamatkan kerjasama yang terjalin selama 18 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 11 Apr 2022 05:04PM Dikemas Kini : 11 Apr 2022 08:52PM

SINGAPURA: Kerjasama antara Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan Kolej Imperial London untuk membangunkan Sekolah Perubatan Lee Kong Chian (LKCMedicine) akan berakhir pada 2028 seperti dirancang, sekaligus menamatkan kerjasama yang terjalin selama 18 tahun.

Ini bermakna 2028 merupakan tahun terakhir ijazah bersama itu akan diberikan kepada mahasiswa yang selesai menjalani program ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS), menurut NTU hari ini (11 Apr).

Para mahasiswa yang mengikuti program itu pada 2024 atau selepas itu akan menerima ijazah dari NTU.

"Kerjasama ini yang terjalin antara NTU dengan Imperial mereka sebuah kurikulum unik bagi pendidikan perubatan yang menggunakan teknologi terkini dan membentuk piawai pengajaran, pembelajaran dan pentadbiran," kata Presiden NTU, Profesor Subra Suresh.

Kedua-dua universiti itu akan meneroka bidang kerjasama baru dalam pendidikan possiswazah dan kajian dalam bidang-bidang seperti peralatan dan sistem jagaan kesihatan, kesihatan awam, kemampanan dan perubahan iklim, menurut NTU.

"Sedang kami bergerak ke fasa baru kerjasama ini, saya yakin bahawa sekolah ini (LKCMedicine) akan semakin berkembang," kata Profesor Alice Gast, presiden Kolej Imperial London. Beliau menarik perhatian kepada pentauliahan "bertaraf dunia" LKCMedicine dan peranannya dalam menghasilkan doktor "bermutu tinggi".

LKCMedicine dibangunkan pada 2010 sebagai respons kepada keperluan jagaan kesihatan Singapura yang semakin bertambah. Dinamakan sempena pengasas Yayasan Lee dan dermawan Lee Kong Chian, sekolah itu menerima kumpulan mahasiswa yang pertama pada 2013.

Pada 2020, LKCMedicine menduduki tangga 100 teratas bagi sekolah-sekolah perubatan dalam Ranking Universiti Dunia Quacquarelli Symonds (QS).

"Kedua-dua NTU dan Kolej Imperial London dapat berbangga atas kejayaan, kemajuan dan kematangan LKCMedicine sebagai sebuah sekolah perubatan," kata Profesor Suresh.

Empat kohort doktor perubatan tamat pengajian di LKCMedicine, dengan kohort kelima akan memulakan dengan amalan perubatan pada bulan depan.

"Mutu tinggi program LKCMedicine, program pengajaran dan pengalaman mahasiswa akan diteruskan," kata Profesor Joseph Sung, Dekan LKCMedicine dan Naib Presiden Kanan NTU (Kesihatan dan Sains Hayat).

"Kami akan terus mempertingkatkan dan mengembangkan program MBBS, mengambil kira kemajuan dalam sains dan teknologi perubatan dan kerumitan jagaan kesihatan yang sentiasa meningkat."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan