Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTU, A*STAR & SFA jalin kerjasama lindungi keselamatan sumber makanan alternatif

Satu kerjasama baru dibentuk antara para saintis dengan pihak pengawal selia di Singapura bagi menjamin keselamatan sumber makanan alternatif.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Apr 2021 07:50PM Dikemas Kini : 27 Apr 2021 10:40PM

SINGAPURA: Satu kerjasama baru dibentuk antara para saintis dengan pihak pengawal selia di Singapura bagi menjamin keselamatan sumber makanan alternatif.

Ia sebahagian daripada usaha negara ini untuk mencapai sasaran kemampanan makanan.

Kerjasama itu melibatkan Universiti Teknologi Nanyang, A*STAR dan Agensi Makanan Singapura (SFA).

Para saintis Hab Keselamatan Makanan Masa Depan itu mahu memastikan sumber makanan alternatif seperti bahan okara iaitu produk gabungan susu soya dan tahu adalah selamat.

Dengan pihak pengawal selia turut terlibat, hab berkenaan juga bakal memperkenalkan rangka kerja memastikan keselamatan awam berhubung makanan alternatif.

Ini selain mendidik para pengguna mengenainya.

Satu perjanjian dimeterai hari ini di bawah rancangan Singapura untuk memperuntukkan sehingga $144 juta terhadap inovasi makanan tempatan. 

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan