Skip to main content

Singapura

NTU 'sedang berusaha' huraikan isu asrama; tak mampu adakan tempat untuk semua

Universiti Teknologi Nanyang (NTU) hari ini (5 Jul) menyatakan ia "sedang berusaha" untuk mencari huraian bagi isu penguntukan asrama "dengan cara paling baik".

Anggaran Waktu Membaca:
NTU 'sedang berusaha' huraikan isu asrama; tak mampu adakan tempat untuk semua

Crescent Hall di NTU. (Gambar: NTU)

Diterbitkan : 05 Jul 2021 02:49PM Dikemas Kini : 05 Jul 2021 02:52PM

SINGAPURA: Universiti Teknologi Nanyang (NTU) hari ini (5 Jul) menyatakan ia "sedang berusaha" untuk mencari huraian bagi isu penguntukan asrama "dengan cara paling baik".

Namun ia tidak boleh menyediakan penginapan di kampus untuk setiap pemohon.

Membentangkan isu-isu yang dihadapi NTU, Timbalan Presiden dan Provos Dr Ling San serta Naib Presiden Kanan bagi Pentadbiran Tan Aik Na berkata bahawa terdapat jumlah permintaan yang belum pernah berlaku sebelum ini bagi penginapan di asrama.

Permohonan-permohonan bagi bilik asrama menjangkaui 35 peratus berbanding tahun lalu, dedah Profesor Ling dan Cik Tan kepada para mahasiswa dalam satu kiriman emel pada pagi tadi (5 Jul).

Jumlah bilik juga dikurangkan disebabkan langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19, menurut emel itu.

"Sekalipun pada paras kapasiti penuh, kami masih kekurangan lebih 1,200 bilik tahun ini," kata Profesor Ling dan Cik Tan.

"Walaupun kami sedang cuba sedaya upaya untuk membantu seramai mungkin mahasiswa, kami tidak boleh menyediakan bilik untuk setiap pemohon disebabkan permintaan luar biasa yang melebihi jumlah bilik sedia ada," ujar mereka lagi.

Kiriman emel NTU itu adalah yang terkini sejak keputusan penguntukan asrama pada 1 Julai lalu menyebabkan ramai mahasiswa tiada tempat tinggal bagi tahun akademik yang bakal menjelang.

Buat masa ini, NTU sedang membuat pertimbangan menambah khidmat dan kekerapan bas ulang-alik "di mana ia diperlukan," tulis Professor Ling dan Cik Tan dalam emel itu.

Bas ulang-alik percuma dari Ang Mo Kio, Bukit Gombak, Pasir Ris, Punggol, Sengkang dan Tampines ke NTU akan disambung semula apabila tahun akademik baru bermula "untuk menyokong keperluan pengangkutan" para mahasiswa yang tinggal jauh dari kampus.

"Kami maklum tentang kebimbangan para mahasiswa kami dan kemaslahatan mereka adalah keutamaan kami. Kami memberi jaminan kepada semua orang bahawa pihak universiti sedang berusaha semampu mungkin untuk membantu para mahasiswa menerusi pelbagai cara," tambah Profesor Ling dan Cik Tan.   

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita