Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTU sasar kumpul dana S$1 juta dalam kempen baru 'NTU Giving Day'

Dana sekitar $1 juta untuk membantu mahasiswa yang memerlukan serta membiayai daya usaha kemampanan dan penyelidikan di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 23 Mar 2022 03:36PM Dikemas Kini : 23 Mar 2022 08:59PM

SINGAPURA: Dana sekitar $1 juta untuk membantu mahasiswa yang memerlukan serta membiayai daya usaha kemampanan dan penyelidikan di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Itulah sasaran acara kumpul dana "NTU Giving Day" yang diadakan buat julung-julung kalinya.

Menteri Negara Kanan Pertahanan merangkap Tenaga Manusia Zaqy Mohamad melancarkan usaha 12 jam terakhir untuk mengumpul dana pada siang tadi (23 Mac).

Ia sebahagian kempen lebih luas oleh NTU untuk mengumpulkan dana.

Ini termasuk minggu kerja sukarela dan larian amal yang diadakan awal tahun ini.

Ketiga-tiga acara itu berhasil mengumpulkan sekitar S$500,000 setakat ini.

Pada masa yang sama, empat batang pokok di Taman Yunnan NTU diabadikan atas nama presiden-presiden NTU yang dahulu dan sekarang.

Mereka diiktiraf kerana membina asas NTU sepanjang 30 tahun lalu.

"Ada kata pepatah Cina yang menyatakan 'satu generasi menamam pokok, generasi seterusnya dapat berteduh'.

"Pokok-pokok hujan ini diabadikan atas nama Presiden-Presiden yang simbolik dan mengiktiraf kepimpinan dan wawasan mereka, setelah membina asas bagi kemajuan berterusan NTU dan memberi manfaat kepada generasi mahasiswanya," kata Encik Zaqy.

Sumber : CNA/ZM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan