Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTU kenakan yuran bagi pelancong selepas kenaikan jumlah pengunjung ke kampus cetus gangguan terhadap mahasiswa

Anggaran Waktu Membaca:
NTU kenakan yuran bagi pelancong selepas kenaikan jumlah pengunjung ke kampus cetus gangguan terhadap mahasiswa

Gambar: TODAY/Lim Li Tang)

Diterbitkan : 05 Feb 2024 11:45PM Dikemas Kini : 06 Feb 2024 12:21AM
SINGAPURA: Dua universiti terunggul di Singapura terpaksa berdepan masalah gara-gara terkenal atas prestasi baik institusi-institusi itu.

Pelancong asing dipercayai sering membanjiri pekarangan kampus itu untuk meninjau universiti-universiti tersebut, sekali gus menyebabkan gangguan terhadap para mahasiswa.

Universiti Teknologi Nanyang (NTU), salah satu daripada universiti itu, baru-baru ini mengenakan yuran dalam usahanya menguruskan kenaikan jumlah pengunjung di sana.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, para mahasiswa daripada NTU dan Universiti Nasional Singapura (NUS) menyuarakan rasa tidak puas hati di wadah forum online Reddit atas kesukaran yang timbul disebabkan pelancong-pelancong itu.

Antaranya termasuk barisan panjang di kantin semasa waktu makan tengah hari, suara kuat yang bergema di ruang belajar bersama dan kesesakan jalan raya yang disebabkan oleh bas pelancong yang tiba untuk mengambil, menurunkan dan menunggu pelancong-pelancong itu.

Mahasiswa NTU memberitahu Mediacorp bahawa mereka juga berdepan dengan gangguan termasuk kamera telefon berkelip dan pelancong yang mengintip semasa berlangsungnya kelas di The Hive, sejak sekurang-kurangnya tiga tahun lalu.

Bangunan The Hive adalah antara tempat yang popular untuk bergambar dalam kalangan pelancong kerana rekaan luarannya yang mempunyai persamaan dengan bakul dim sum.

Sesetengah pelancong bahkan, sanggup memasuki bilik darjah semasa pembelajaran sedang berlangsung.

NTU mengumumkan pada Khamis lalu (1 Feb) bahawa ia akan memerlukan semua agensi pelancongan, yang membuat rancangan untuk melakukan wisata ke kampusnya supaya mendapatkan kelulusan daripada universiti tersebut.

Kumpulan pelancong akan dikehendaki membuat prapendaftaran secara online dan menjadualkan lawatan itu terlebih dahulu. Yuran kemasukan akan dikenakan, yang menurut universiti itu akan digunakan untuk menyokong penyelenggaraan kampus dan peraturan aliran kenderaan.

NTU belum lagi menjawab permintaan Mediacorp untuk mengulas mengenai harga yuran yang akan dikenakan dan bagaimana ia akan dilaksanakan.

Menurut pengendali pelancongan dan sebilangan pelancong itu sendiri, tarikan untuk meninjau kampus NUS dan NTU adalah disebabkan kedudukan kedua-dua universiti itu sebagai antara universiti terunggul di Asia.
 
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan