NTU kaji cara ulat 'super' hadam plastik bagi tangani masalah plastik
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para saintis dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU) percaya bakteria daripada ulat yang makan plastik boleh suatu hari nanti bantu melupuskan plastik pada skala industri.
Ini sekali gus dapat mengurangkan pencemaran kepada ekosistem marin Asia.
Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah untuk mengkaji bagaimana sebenarnya ulat 'super' atau Zophobas atratus itu dapat menghadam plastik.
Kajian itu melibatkan ratusan ulat yang dibahagikan kepada tiga kumpulan selama sebulan.
Dua kumpulan diberikan makan plastik yang biasa digunakan untuk buat styrofoam dan beg plastik, sementara kumpulan terkawal yang satu lagi pula diberi makan bijirin oat.
Keputusan untuk membiakkan mikrob dalam usus ulat tersebut diambil kerana ia tidak praktikal untuk menyimpan terlalu banyak ulat.
Selain itu, mikrob tersebut kemungkinan juga boleh bantu menangani masalah sisa di peringkat global.
Profesor Madya di Pusat bagi Kejuruteraan Sains Hayat Persekitaran NTU, Cao Bin berkata: "Kajian kami adalah salah satu daripada penyelidikan di rantau ini yang mengkaji interaksi organisme mikro dan plastik di persekitaran marin. Matlamatnya adalah untuk membangunkan proses bio baharu bagi kami untuk menguruskan sisa plastik dengan baik."
Langkah seterusnya bagi para pengkaji tersebut adalah untuk memahami lebih baik sisa-sisa yang ditinggalkan selepas proses penghadaman plastik itu dan sama ada sisa berkenaan boleh dimanfaatkan semula.
"Proses sedemikian boleh jadi beberapa reaksi untuk mengubah bahan plastik menjadi sama ada monomer atau molekul agak kecil yang boleh ditukar menjadi sesuatu yang lebih berharga," tambah Prof Madya Cao Bin.

Sumber : CNA/AY/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.