Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTU di kedudukan baik menjadi hab teknologi serantau: Chan Chun Sing

Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata kepakaran Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dalam teknologi dan penyelidikan meletakkannya dalam kedudukan baik untuk memacu pembangunan ekonomi di Kawasan Inovasi Jurong dan menjadi hab teknologi di rantau ini.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 09 Dec 2021 08:45PM Dikemas Kini : 09 Dec 2021 09:48PM

SINGAPURA: Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata kepakaran Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dalam teknologi dan penyelidikan meletakkannya dalam kedudukan baik untuk memacu pembangunan ekonomi di Kawasan Inovasi Jurong dan menjadi hab teknologi di rantau ini.

Encik Chan membentangkan wawasan tersebut sedang NTU mengimbau kembali pencapaiannya sepanjang 30 tahun lalu.

Untuk memperingatinya, NTU mengabadikan 30 peristiwa bersejarah dalam satu kapsul masa digital.

Ia akan dibuka sempena ulang tahunnya yang ke-50 kelak.

Antara detik bersejarah NTU adalah biasiswa yang ditubuhkan pada 2008 bagi memperingati dua pengayuh bot naga yang meninggal dunia semasa satu perlumbaan di Kemboja pada tahun sebelumnya.

Sumber : CNA/ZM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan