Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTU cipta salutan murah, lut sinar untuk kayu

Anggaran Waktu Membaca:
NTU cipta salutan murah, lut sinar untuk kayu

(Gambar: Universiti Teknologi Nanyang (NTU))

Diterbitkan : 18 Aug 2022 09:45PM Dikemas Kini : 18 Aug 2022 09:46PM
SINGAPURA: Universiti Teknologi Nanyang (NTU) berjaya mencipta salutan lut sinar yang dapat menjadikan kayu kalis api, serta mengekalkan keindahan semula jadinya.

Ia adalah lapisan tipis yang disapukan ke atas permukaan kayu.

Setelah dipanaskan, bahan kimia dalam salutan itu akan memberikan reaksi dan berubah menjadi arang hitam.

Ia kemudian akan mengembang kepada lebih 80 kali ganda ketebalan asalnya.

Bahagian luar yang menjadi hitam akan menghalang api daripada membakar kayu di bawahnya.

Menurut Professor Madya Aravind Dasari dari Sekolah Bahan Sains dan Kejuruteraan NTU, bangunan-bangunan berasaskan kayu adalah antara satu aplikasi yang dijangkakan untuk ciptaan salutan lut sinar berkenaan.

"Terdapat potensi besar dalam bidang-bidang lain.Misalnya, keluli, walaupun kami belum sepenuhnya meneroka lapisan ini bagi keluli, dan aplikasi dalaman lain - bahan lapisan, polimer. Kita boleh menggunakan lapisan ini pada polimer. Jadi potensinya ada, ia hanya harus diterokai," tambah beliau.

Berharga hanya S$2 untuk menyalut satu meter persegi bahan kayu, NTU kini sedang dalam perbincangan dengan beberapa syarikat untuk melesenkan teknologitersebut.

Sekurang-kurangnya sebuah syarikat, Venturer Timberwork,sedang menimbangkan cara menggunakan salutan tersebut dalam salah satu projeknya.

Ia menjangkakan salutan berkenaan akan mendapat permintaan tinggi dalam industri binaan, kerana struktur kayu perlu mematuhi beberapa kod kebakaran.

Bukan itu sahaja, ciptaan tersebut turut mempunyai ciri-ciri kemampanan.

Mengulas ciri kemampanan ciptaan salutan tersebut, Encik Kevin Hill, pengarah urusan, Venturer Timberwork menjelaskan bahawa untuk menjana pengambilan yang lebih luas, sifat kalis api penting dalam memastikan perlindungan dan pengukuhan salutan tersebut.

"Ia seperti menyifatkan kayu sebagai reaksi iklim dari segi persekitaran binaan, dan bagaimana kita boleh mengukuhkan lagi sifat fizikal semula jadinya dan kemudian mula menggantikan lebih banyak produk yang mengeluarkan karbon," ujar Encik Hill.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan