NTU cipta kaedah bukan invasif gunakan plaster untuk ukur kadar gula
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para saintis NTU berjaya mencipta sejenis plaster yang boleh mengukur kadar gula dalam darah menerusi peluh.
Menurut mereka, kaedah bukan invasif itu sesuai untuk pesakit kencing manis membuat pemantauan harian.
Pesakit kencing manis biasanya menggunakan kaedah mencucuk jari bagi mengeluarkan darah atau memasang peranti berasaskan deria pada kulit buat tempoh lama bagi memantau kadar gula dalam darah.
Dengan menggunakan teknologi yang dipanggil mikrolaser, peranti seiras plaster ini mampu mengesan keringat manusia yang mengandungi glukos.
Ia juga boleh mengesan biopenanda lain seperti laktat dan urea bagi memantau fungsi ginjal dan hati.
Melalui kaedah itu, pesakit perlu memakai plaster selama kira-kira 2 minit.
Ia kemudian ditanggalkan dan diletakkan di bawah cahaya UV.
Menerusi aplikasi ini, pesakit kemudian boleh memilih bacaan yang mereka mahukan.
Lebih 400,000 orang menghidap kencing manis di Singapura, dengan jumlahnya diunjurkan meningkat kepada 1 juta menjelang tahun 2050.
Pasukan saintis itu menyatakan mereka perlu menjalankan lebih banyak penyelidikan teknikal untuk memperhalusi lagi kaedah tersebut.
Pengarah Pusat Bioperanti dan Bioinformatik daripada Sekolah Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik NTU, penolong profesor Chen Yu Cheeng berkata: "Mungkin ia belum cukup stabil. Kami mahu menjadikannya lebih stabil dan sistemnya besar.
"Pada masa depan, kami ingin menggunakan telefon bijak dengan kompartmen di bahagian hadapan kamera untuk menggantikan sistem yang besar itu. Jadi bagi setiap pesakit di rumah, ia akan menjadi lebih dimampui dan mudah untuk menggunakannya - dipasangkan pada app."

Sumber : CNA/FZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.