Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTU buka makmal robotik baru bernilai $45j

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Universiti Teknologi Nanyang (NTU) membuka sebuah makmal robotik baru bernilai $45 juta.

NTU akan bekerjasama dengan industri pengilangan, logistik dan jagaan warga emas untuk menggunakan robot membantu perniagaan menghuraikan isu produktiviti serta tenaga manusia

Antara kajian yang sedang dijalankan bagi membantu manusia dan robot bekerjasama dalam kilang ialah dalam pembuatan tangan robotik.

Pusat bagi Inovasi Teknologi Robotik Maju atau CARTIN mempunyai pasukan saintis pelbagai bidang yang bekerja dalam teknologi-teknologi terkini.

Antaranya adalah seperti sistem peta bagi robot automatik dan kenderaan tanpa pemandu yang boleh membantu syarikat logistik mengalihkan benda dengan mudah.

Rakan penyelidik CARTIN termasuk Universiti Nasional Singapura (NUS) dan A*STAR serta ia juga bekerjasama dengan syarikat sektor swasta.

Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng berkata ia adalah sebahagian daripada kajian dan sasaran inovasi negara yang mana bidang robotik adalah keutamaan.

Sumber : CNA/ZA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan