Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NTU bakal tawar ijazah sarjana muda Perubatan Tradisional Cina diiktiraf lembaga TCM MOH

Anggaran Waktu Membaca:
NTU bakal tawar ijazah sarjana muda Perubatan Tradisional Cina diiktiraf lembaga TCM MOH

(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 15 Nov 2023 09:59PM Dikemas Kini : 16 Nov 2023 07:25AM
SINGAPURA: Universiti Teknologi Nanyang (NTU) akan menawarkan program ijazah sarjana muda dalam perubatan tradisional Cina bermula 2024.

Ia bertujuan untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan Singapura.

Buat masa ini, universiti tersebut menawarkan ijazah berganda dalam sains bioperubatan dan perubatan Cina bagi mereka yang ingin menjadi pengamal perubatan tradisional Cina (TCM).

Ijazah sarjana muda dalam sains bioperubatan dikeluarkan oleh NTU, manakala ijazah sarjana muda dalam perubatan Cina buat masa ini dikeluarkan oleh Universiti Perubatan Cina Beijing.

Namun, mulai tahun depan, sebuah program ijazah sarjana muda empat tahun yang direka dengan input dari institusi TCM tempatan dan Lembaga Pengamal Perubatan Tradisional Cina (TCMB) Kementerian Kesihatan (MOH) akan ditawarkan.

Ia merupakan program ijazah sarjana muda tempatan pertama yang diiktiraf lembaga pengamal TCM Kementerian Kesihatan, umum NTU dan MOH pada Rabu (15 Nov).

Kohort pertama akanmemulakan pengajian di Sekolah Sains Biologi NTU pada Ogos 2024.

Ketika melancarkan program sarjana muda tersebut pada Rabu (15 Nov), Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata beliau percaya peranan TCM dalam sistem penjagaan kesihatan Singapura akan terus berkembang.

"Kelebihan TCM terletak pada pendekatan holistik dalam membaiki kesihatan dan mencegah penyakit... Sedang penduduk Singapura semakin menua, dan lebih ramai orang bergelut dengan penyakit kronik, TCM boleh memainkan peranan lebih besar," tambahnya.

MOH, NTU dan Kementerian Pendidikan (MOE) memutuskan untuk mengkaji semula ijazah sarjana muda TCM, dan membuat kesimpulan bahawa "masanya tepat" bagi NTU untuk menawarkan program sarjana mudanya sendiri, tambah Encik Ong.

Kohort terakhir yang mengambil program ijazah berganda sains bioperubatan dan Perubatan Cina akan menamatkan pengajian mereka pada 2028.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan