NSmen Home Team boleh sertai kelas kecergasan - secara maya mahupun fizikal
Para anggota kerahan (NSmen) Home Team tidak lama lagi boleh menyertai kelas kecergasan dalam bentuk hybrid - secara maya mahupun fizikal.
SINGAPURA: Para anggota kerahan (NSmen) Home Team tidak lama lagi boleh menyertai kelas kecergasan dalam bentuk hybrid - secara maya mahupun fizikal.
Ini selepas sesi-sesi latihan kecergasan secara maya mendapat sambutan baik dengan penyertaan meningkat empat kali ganda sejak ia dilancarkan pada September lalu.
Sesi latihan kecergasan secara maya itu adalah satu daripada sembilan sesi yang dijalankan setiap minggu bagi anggota kerahan Home Team.
Ia bertujuan untuk memastikan mereka kekal cergas dan aktif di tengah-tengah pandemik COVID-19.
Ini selain mempersiapkan mereka untuk Ujian Kecekapan Fizikal Individu (IPPT) yang dijadualkan tahun depan.
Setiap sesi selama sejam itu boleh menampung sehingga 45 orang.
Disebabkan kelas-kelas itu mudah untuk disertai, perancangan sedang dijalankan untuk menambah sesi-sesi kelas menjelang tahun depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.