NSmen, 25 tahun, meninggal dunia selepas rebah semasa sesi senaman NS FIT di Taman West Coast
SINGAPURA: Seorang anggota tentera kerahan (NSmen), 25 tahun, meninggal dunia pada Rabu (2 Mac) selepas rebah semasa sesi latihan selang intensiti tinggi (HIIT) Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) di Taman West Coast.
Tentera kerahan dari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) itu sedang mengambil bahagian dalam sesi tersebut sebagai sebahagian daripada program NS Latihan Peningkatan Kecergasan (FIT) Perkhidmatan Negara (NS).
Dia rebah pada permulaan latihan selepas selesai melakukan aktiviti memanaskan badan, menurut HPB dan Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Khamis (3 Mac).
"Dia segera diberi rawatan di tempat kejadian oleh jurulatih dari vendor luar HPB," tambah mereka.
"Jurulatih, yang terlatih dalam resusitasi kardiopulmonari (CPR) dan alat defibrilator luaran automatik (AED), melakukan CPR dan AED kepadanya."
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 7.41 malam. Lelaki itu dibawa ke Hospital Universiti Nasional menggunakan ambulans pada 7.55 malam.
“SCDF meneruskan usaha resusitasi di lokasi serta dalam perjalanan ke hospital. Ambulans tiba di NUH pada 8.23 malam dan dia disahkan meninggal dunia pada 9.21 malam,” menurut HPB dan MINDEF.
Semua sesi HIIT pantas HPB digantung sehingga 6 Mac sementara siasatan dijalankan dan amalan keselamatan dikaji semula, tambah HPB dan MINDEF.
“Dalam semua program aktiviti fizikal HPB, taklimat keselamatan dan pemeriksaan kesihatan dijalankan sebelum setiap sesi dimulakan,” tambah mereka.
Program NS Fit diperkenalkan menerusi kerjasama dengan HPB dan Sport Singapore tahun lalu sebagai program senaman "yang direka untuk menggalakkan NSmen mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat".
"HPB, Kementerian Pertahanan dan SAF mengucapkan takziah kepada keluarga anggota NSMen berkenaan dan akan membantu mereka dalam masa kesedihan ini," tambah HPB dan MINDEF.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.