Skip to main content

Singapura

NSF SCDF yang ditemui tidak sedarkan diri di Balai Bomba Marina Bay selamat dikebumikan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Sep 2026 08:20PM Dikemas Kini : 04 Oct 2026 09:43PM
SCDF NSF found unconscious at Marina Bay Fire Station laid to rest
  • Lance Corporal Muhammad Nur Ilham Mohammed Iswadi was buried at Pusara Aman at about 4.40pm on Sep 7, with about 80 family members and friends present to pay their last respects.
  • His friends, Anaqi Naimullah Noorazman and Mohammed Ris Danish Samsi, remembered him as friendly, kind and a loyal listener.
  • The SCDF full-time national serviceman died on Sep 6 after he was found unconscious while on duty in the training area of Marina Bay Fire Station.
  • SCDF administered CPR before he was taken to Singapore General Hospital, while police are still investigating the case and no foul play is suspected at this early stage.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Jenazah Lans Koperal Muhammad Nur Ilham Mohammed Iswadi selamat dikebumikan di Pusara Aman pada sekitar 4.40 petang tadi (7 Sep) .

Sekitar 80 ahli keluarga dan rakan-rakan memberi penghormatan terakhir kepada beliau.Antara yang hadir ialah rakan Almarhum, Anaqi Naimullah Noorazman dan Mohammed Ris Danish Samsi.

"Saya bertemu beliau pada hari pertama dan beliau seorang yang peramah," kongsi Anaqi.

Seorang lagi rakannya, Ris Danish, berkongsi: "Dia seorang pendengar yang baik. Dia selalu macam seorang yang baik. Kami biasa duduk bersama di atas katil dua tingkat dan berbual selama berjam-jam sebelum perhimpunan."
Almarhum merupakan Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang meninggal dunia semalam (6 Sep) selepas ditemui tidak sedarkan diri di kawasan latihan Balai Bomba Marina Bay.

Menurut SCDF, Almarhum ditemui pada sekitar 8.10 pagi ketika sedang bertugas. Anggota SCDF di balai bomba segera melakukan bantuan pernafasan kardiopulmonari (CPR) sebelum beliau dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH), di mana beliau kemudian meninggal dunia.

Lans Koperal Muhammad Nur Ilham menyertai NS pada 10 Februari 2026.

Beliau menamatkan kursus anggota bomba di Akademi Pertahanan Awam pada 7 Ogos lalu sebelum ditempatkan di Balai Bomba Marina Bay pada 18 Ogos.

Polis memaklumkan siasatan masih dijalankan dan siasatan awal tidak mengesyaki kematiannya melibatkan perbuatan jenayah.

SCDF pula menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Almarhum dan menyatakan bahawa bantuan dan sokongan sedang diberikan kepada keluarganya.
Sumber : BERITA Mediacorp/hd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita