Skip to main content

Singapura

NSF polis ditemui dengan kesan tembakan pada leher di Pasir Panjang Road

Anggaran Waktu Membaca:
NSF polis ditemui dengan kesan tembakan pada leher di Pasir Panjang Road

Stesen minyak Shell di 328 Pasir Panjang Road. (Gambar: Google Street View)

Diterbitkan : 16 Oct 2025 10:21AM Dikemas Kini : 16 Oct 2025 10:23AM
SINGAPURA: Seorang anggota polis perkhidmatan negara sepenuh masa berusia 23 tahun ditemui dengan kesan tembakan di leher pada Rabu (15 Okt).

Beliau ditemui oleh rakan setugasnya di dalam tandas di 328 Pasir Panjang Road sekitar pukul 9.00 malam, menurut kenyataan Pasukan Polis Singapura (SPF).

328 Jalan Pasir Panjang merupakan alamat sebuah stesen minyak Shell.

"Pegawai tersebut kemudian dibawa ke hospital dalam keadaan sedar. Pistol perkhidmatan dan baki peluru miliknya telah diperiksa dan dirampas di lokasi kejadian. Tiada individu lain yang cedera," kata SPF.

Berdasarkan siasatan awal, polis menyatakan luka tersebut berpunca daripada tindakan sendiri.

“Polis tidak mengesyaki sebarang unsur khianat,” tambah SPF, sambil menyatakan siasatan masih dijalankan.
Sumber : CNA/IM/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita