Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NSF Polis akses sistem untuk lihat kes jenayah rakan sekerja, muat naik gambar ke TikTok

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) dengan Pasukan Polis Singapura (SPF) menyalah guna aksesnya pada sistem komputer polis dan melihat fail jenayah rakan sepasukannya.

Dia menemui sekeping gambar dalam sistem tersebut di mana rakan sepasukannya itu digari, lalu memetik gambar foto berkenaan dan mengongsinya bersama dua kumpulan sembang WhatsApp.

Dia turut memuat naik sebuah video ke TikTok berlatarbelakangkan gambar berkenaan dan menunjukkan dirinya serta seorang lagi rakan sepasukan beraksi menggunakan isyarat tambah sambil menyanyikan sebuah lagu.

Amirudin Shah Zainal, 23 tahun, dikenakan hukuman penjara tiga minggu pada Rabu (25 Jan).

Dia mengaku bersalah terhadap satu tuduhan di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer berhubung akses tidak diizin pada data di sistem komputer milik Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA).

Siasatan mendapati, Amirudin mengakses fail Joe sebanyak lima kali. Dia tidak diberi izin atau diluluskan untuk mengakses fail jenayah Joe.

Pihak pendakwa memohon hukuman penjara antara tiga dengan enam minggu. Beliau menekankan, kesalahan itu dilakukan oleh seorang penjawat awam ketika bertugas sebagai seorang pegawai polis.

Amirudin diberi kepercayaan dengan akses kepada CUBICON 2 untuk menjalankan tugasnya dan secara sengaja mencabul kepercayaan yang diberikan, kata Timbalan Pendakwa Raya Samuel Chew.

Beliau turut berkata, perbuatan Amirudin menghantar gambar kepada dua kumpulan sembang WhatsApp, menjadikan kesalahannya
lebih serius lagi.

Kelakuannya juga menjejas integriti siasatan polis berhubung kes jenayah Joe dan motif Amirudin "tidak sama sekali munasabah", kata Encik Chew.

Amirudin yang ditemani bapanya di mahkamah, berkata dia amat menyesali perbuatannya dan berharap dilepaskan dengan hukuman denda.

Namun, pihak pendakwa menekankan, hukuman denda adalah terlalu ringan.

Hakim turut menarik perhatian bahawa Amirudin beberapa kali mengakses sistem tersebut tanpa kebenaran dan gambar yang diambil disebarkan kepada dua kumpulan sembang. Beliau membenarkan Amirudin untuk berbual dengan bapanya sebelum ditahan.

Mediacorp sudahpun menghubungi polis untuk maklumat lanjut, termasuk sama ada Amirudin sudah tamat menjalani perkhidmatan negaranya dan jika polis akan mengambil tindakan disiplin susulan terhadapnya.
Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan