NSF Muhd Afiq diberi penghargaan polis bantu kes kecurian motosikal
Lima individu menerima Anugerah Semangat Kemasyarakatan Awam pada Isnin (5 Ogos).
SINGAPURA: Lima individu menerima Anugerah Semangat Kemasyarakatan Awam pada Isnin (5 Ogos).
atas usaha mereka membantu pihak polis dalam lima kes berasingan.
Mereka termasuk dua anggota masyarakat Melayu/Islam yang membantu polis dalam kesa kecurian motosikal dan penipuan online.
BELUM LAGI MASUK NS, MUHD AFIQ MOHD KAMAL BEDEPAN 'CABARAN' AWAL
Jika lazimnya, persiapan untuk menjalani Perkhidmatan Negara (NS) ialah dari segi fizikal, lain pula bagi Muhd Afiq Mohd Kamal, 22 tahun.
Kurang seminggu sebelum ke Akademi Home Team untuk menjalani NS, Afiq bersemuka dan membantu polis menangkap seorang penjenayah.
Beberapa bulan lalu, Afiq mendapati bahawa sebuah motosikal hilang yang diuar-uarkan di Facebook berada berhampiran rumahnya.
Beliau segera menghubungi polis dan cuba mengekori suspek.
Dek ketangkasan dan kerjasama yang diberikan kepada polis, dua penjenayah berjaya diberkas hanya 10 minit selepas panggilan dibuat.
Seorang penggemar motosikal, kejadian itu turut memberi Afiq yang kini seorang polis NS sepenuh masa, kesedaran tentang tugas seorang polis.
"Perasaan saya itu amat gementar lah apabila saya berjumpa suspek itu dia berdepan dia pun telah bertentang mata dengan saya dan semasa itu pula saya tengah menelefon polis.
"Jadi apa yang saya buat, saya cuma alihkan pandangan saya, saya kuatkan diri, kerana untuk saya, ini adalah kerja yang betul," kata Afiq, anak kedua dari enam adik beradik.
Mendengar akan kisah pemilik motosikal itu yang sebenar, Afiq terasa bangga dan terharu.
"Pak cik itu berada dalam umur 40-an tahun. Jadi dia ceritakan pada saya dia mahu gunakan motosikal ini untuk bekerja dan dia pun tak sangka motosikal dia hilang.
"Jadi saya rasa tersentuh kerana dia ingin menggunakan motosikal ini untuk pekerjaan untuk sesuap nasi untuk anak dan isterinya," kata Afiq.
PEKERJA MAHU 'PINJAM' ALAMAT, ADA PAKEJ ISTIMEWA DARI LONDON
Seorang lagi penerima Anugerah Semangat Kemasyarakatan Awam SPF ialah Cik Mariani Salim, pemilik agensi pekerja pembantu rumah.
Cik Mariani, ibu kepada dua orang anak, diiktiraf setelah berjaya menyelamatkan pekerjanya daripada menjadi mangsa penipuan online.
Menurut Cik Mariani: "Dia memberikan alamat saya kepada orang asing tersebut kemudian dia mengirimkan gambar-gambar barang yang akan di terima dan saya lihat itu semua barang yang sangat berharga."
"Tidak mungkin seseorang yang tidak dikenali akan memberi begitu banyak wang dan emas," ujar Cik Mariani.
(Gambar: BERITAmediacorp)
Yakin bahawa pekerjanya itu termakan kata-kata manis 'kenalan' Facebook dari London itu, Cik Mariani segera membuat laporan polis.
Hasilnya, pekerja beliau terselamat daripada menjadi mangsa skandal penipuan online.
Lantaran dari kes itu, Cik Mariani menyuruh pekerjanya untuk menukar nombor telefon dan menutup akaun Facebooknya.
Tiga lagi individu menerima penghargaan di majlis yang diadakan di Divisyen Polis Ang Mo Kio. Mereka adalah Encik Lim Tsian Aun serta dua pekerja di sebuah kedai runcit.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.