NSF gugur dalam kebakaran Henderson Road anggota bomba pertama maut dalam operasi SCDF
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Our Tanjong Pagar)
SINGAPURA: Anggota bomba perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) yang meninggal dunia ketika memadamkan kebakaran di sebuah flat di Henderson Road pada Khamis (8 Dis) merupakan anggota bomba pertama yang maut dalam satu operasi.
Demikian menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam sebuah media kenyataan pada Jumaat (9 Dis) malam.

Dengan persetujuan keluarga Koperal (CPL) Edward H Go, satu upacara persemadian akan diadakan untuk menghormatinya.
"SCDF amat berdukacita atas kematian Koperal Edward. Beliau merupakan rakan setugas kami yang gugur semasa sebuah operasi. Kami mengutuskan takziah mendalam kepada keluarganya dan sedang memberi sokongan sepenuhnya kepada mereka," nyata pihak SCDF dalam kenyataan tersebut.
CPL Edward adalah sebahagian daripada kakitangan respons pertama yang bertindak balas untuk memadamkam kebakaran di Blk 91 Henderson Road, kira-kira jam 11.10 pagi pada Khamis.
Semasa operasi memadamkan api kebakaran itu, beliau pengsan di kawasan dapur flat tersebut. Beliau kemudian dibawa keluar dari flat berkenaan dan diberikan resusitasi kardiopulmonari (CPR).
Seorang anggota kakitangan ambulans SCDF turut menggunakan alat defibrilator luaran automatik ke atasnya sebelum membawa anggota bomba itu ke Hospital Besar Singapura (SGH), di mana beliau disahkan meninggal dunia.
Dalam kenyataan itu, SCDF juga memperincikan latihan yang dijalani CPL Go. Beliau sudah bertindak balas memberi respons terhadap lebih 20 insiden kebakaran dan menyelamat, setelah menamatkan kursus anggota bombanya.
Beliau menyertai SCDF untuk menjalani Perkhidmatan Negara (NS) pada 5 Januari lalu dan memulakan latihannya selama 12 minggu sebagai seorang anggota bomba pada 3 Februari.
NSF itu menamatkan latihannya pada 28 April dan kemudian ditugaskan di Balai Bomba Central pada 4 Mei setelah selesai menjalani kursus anggota bombanya.
Sebelum menjalani perkhidmatan negara sepenuh masa, CPL Go disahkan sihat dari segi perubatan dan dinilai sebagai status A bagi Piawai Status Pekerjaan Fizikal (PES).
Menurut laman web 'Central Manpower Base', mereka yang tergolong dalam PES A dan PES B1 sesuai bagi vokasional operasi barisan hadapan.
"Unit barisan hadapan SCDF terdiri daripada para anggota sepenuh masa, NSF dan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (ORNSmen), yang mana kesemuanya dilatih untuk menggalas peranan sebagai komander rota, komander seksyen atau anggota bomba," terang SCDF.
"Dalam operasi kecemasan kebakaran atau menyelamat, para pegawai vokasional ini membentuk kakitangan komposit untuk bertindak balas terhadap insiden berkenaan. "
Semua latihan untuk peranan dan tanggungjawab berbeza itu dijalankan secara terpusat di Akademi Pertahanan Awam menerusi pelbagai kursus memadam kebakaran dan menyelamat, menurut SCDF.
"Para pegawai SCDF, seperti CPL Edward, mempertaruhkan nyawa mereka setiap kali mereka memasuki tempat kejadian kebakaran demi menyelamatkan orang lain," tambah kenyataan itu,
Pesuruhjaya SCDF COMR Eric Yap berkata: "Bagi pihak SCDF, saya mengucapkan takziah mendalam kepada keluarga CPL Edward H Go."
"CPL Edward menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh keberanian demi menyelamatkan nyawa dan hartan benda. Beliau seorang anggota bomba yang berani, yang disenangi para penyelia dan rakan setugasnya. Beliau sangat komited dan berdedikasi terhadap tugasnya."

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.