Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NSF dikenakan probesen 15 bulan, kerap curi susu tepung bayi untuk tampung keperluan harian, bayar lesen memandu

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seorang Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) mencuri sekurang-kurangnya 25 tin susu tepung bayi selama lebih setahun, menyasarkan jenama yang boleh mendapatkan harga jualan semula yang tertinggi, untuk membayar keperluan harian dan lesen memandunya. 

Chua Jun Xuan Alister, 20 tahun, pada Selasa (9 Mei) dikenakan probesen 15 bulan atas jenayah tersebut. 

Dia juga harus menjalankan khidmat masyarakat selama 40 jam. 

Chua mengaku bersalah atas dua tuduhan mencuri dan satu tuduhan menipu, dengan enam lagi tuduhan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan. 

Mahkamah diberitahu bahawa Chua mula mencuri tin susu tepung bayi pada Julai 2021.

Dia mencuri sekitar 25 hingga 30 tin susu tepung antara Julai 2021 hingga September 2022. 

Chua hanya mencuri susu tepung Enfamil Pro A+ kerana ia boleh mendapatkan harga jualan semula yang lebih tinggi. Dia menjual tin-tin itu di Carousell untuk sekitar S$3,000 dan menggunakan wang itu untuk perbelanjaan hariannya dan membuat bayaran untuk lesen memandu. 

Dia mencuri tin susu tepung itu dari pasar raya Sheng Shiong di Blok 451 Bukit Batok Avenue 6 dan 3 Yuan Ching Road. 

Seorang penolong pengurus di salah satu cawangan itu mengesan pencurian tersebut ketika mengira stok tin susu tepung, lalu membuat aduan kepada polis.

Chua turut mengaku bersalah kerana menipu orang lain untuk membeli tiket kelab malam Zouk. 

Sejak itu Chua sudah memulangkan sekitar S$1,000 kepada mangsa dan pasar raya terbabit. 

Nenek Chua membayar wang jamin S$5,000 untuk memastikan dia berkelakuan baik ketika tempoh probesen.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan