NSF cedera semasa latihan payung terjun di Taiwan dibawa pulang ke S'pura
Anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) yang cedera dalam latihan payung terjun di Taiwan, kini berada di Singapura, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Khamis (16 Jan).
Sebuah pesawat RSAF A330 MRTT (Gambar: Facebook/RSAF)
SINGAPURA: Anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) yang cedera dalam latihan payung terjun di Taiwan, kini berada di Singapura, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Khamis (16 Jan).
Para doktor yang ditugaskan untuk memantau keadaan PTE Joshua Quek menilai keadaannya stabil dan beliau boleh dibawa pulang pada Khamis. Sebuah pesawat pengangkutan Angkatan Tentera Udara Singapura A330 membawa pulang PTE Quek semalam, menurut MINDEF.
PTE Quek diiringi oleh sepasukan pakar perubatan dari SAF termasuk pegawai perubatan dan pakar perubatan tentera, yang memantau keadaannya dengan rapi sepanjang penerbangan.
"Pemindahan melalui udara berjaya dijalankan tanpa sebarang komplikasi," menurut MINDEF, yang menambah bahawa PTE Quek kini sedang berehat di hospital.
Kementerian itu juga menyatakan: "Keluarga PTE Quek, yang juga sudah pulang ke Singapura, menghargai keprihatinan yang ditunjukkan oleh orang ramai dan berharap mereka akan diberikan privasi untuk menumpukan perhatian kepada proses pemulihan beliau".
PTE Quek sedang mengambil bahagian dalam latihan payung terjun sebelah malam di Taiwan apabila beliau mengalami "masalah pada tali statik". Tali itu terkena pada bahagian lehernya dan ia boleh berlaku jika tali terlalu longgar dan ini pula boleh menjejas terjunan pelatih.
Meskipun dapat mendarat di kawasan yang diperuntukkan, PTE Quek 21 tahun mengalami kecederaan pada bahagian leher semasa melakukan terjunan.
Sebuah Jawatankuasa Siasatan rasmi sudah dibentuk oleh SAF untuk menyiasat insiden berkenaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.