Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NSF, anggota sepenuh masa SAF & Home Team tidak perlu serah NRIC

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Mulai 15 Mei, para anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) dan kakitangan sepenuh masa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Home Team tidak lagi perlu menyerahkan kad pengenalan diri NRIC semasa mendaftar bagi Perkhidmatan Negara (NS) dan apabila berkhidmat sepenuh masa. 

Demikian diumumkan oleh Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Isnin (9 Mei). 

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) juga akan memansuhkan syarat serupa, bermula dengan kumpulan NSF yang akan memulakan Perkhidmatan Negara pada Mei 2022. 

Buat masa ini, semua NSF dan kakitangan sepenuh masa dikehendaki menyerahkan NRIC mereka untuk mendapatkan kad pengenalan SAF. 

Mulai 15 Mei, kad pengenalan tentera itu tetap akan dikeluarkan kepada semua NSF dan kakitangan sepenuh masa SAF kerana ia akan terus "berfungsi sebagai dokumen utama  sebagai anggota SAF," menurut MINDEF. 

NRIC akan dipulangkan kepada semua anggota NSF dan kakitangan sepenuh masa secara bertahap-tahap melalui Pegawai Tenaga Manusia unit masing-masing. 

Pemulangan kad NRIC dijangka selesai menjelang November tahun ini, menurut MINDEF. 

Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan terus mengeluarkan kad pengenalan NS kepada NSF pasukan tersebut, manakala NRIC anggota NSF Home Team yang masih berkhidmat akan dipulangkan secara berperingkat. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan