Skip to main content

Singapura

NSF 22 tahun diberkas, didakwa dalangi ancaman bom palsu di Pangkalan Udara Paya Lebar

Seorang anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) berusia 22 tahun yang bertugas di Pangkalan Udara Paya Lebar dikenal pasti sebagai suspek dalam kes ancaman bom palsu di pangkalan udara tersebut.
Anggaran Waktu Membaca:
NSF 22 tahun diberkas, didakwa dalangi ancaman bom palsu di Pangkalan Udara Paya Lebar
Sebuah pesawat C-130 RSAF berlepas dari Pangkalan Udara Paya Lebar. (Gambar: MINDEF)
SINGAPURA: Seorang anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) berusia 22 tahun yang bertugas di Pangkalan Udara Paya Lebar dikenal pasti sebagai suspek dalam kes ancaman bom palsu di pangkalan udara tersebut.

Dia diletakkan di bawah tahanan ketat di Berek Tahanan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pada 28 Januari, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Isnin (9 Feb).

Lelaki itu didakwa membuat satu catatan online pada 23 Januari yang mendakwa beberapa peranti letupan buatan sendiri sudah dipasang di 12 lokasi tertentu dalam Pangkalan Udara Paya Lebar, dan di dalam kenderaan pegawai kanan Angkatan Udara Republik Singapura.

“Ancaman tersebut disahkan sebagai palsu selepas pemeriksaan bom dan langkah berjaga-jaga lain dilaksanakan,” menurut MINDEF.

“Bukti semasa menunjukkan bahawa NSF itu bertindak secara bersendirian.”

Lelaki tersebut kini sedang disiasat.

Bergantung pada hasil siasatan, dia boleh didakwa kerana menyampaikan maklumat palsu mengenai sesuatu yang berbahaya, dan akan dibicarakan melalui mahkamah tentera am.

Kesalahan tersebut membawa hukuman maksimum tujuh tahun penjara dan denda sebanyak S$50,000.

“SAF memandang serius semua ancaman keselamatan,” tegas MINDEF.

“Pelaku ancaman keselamatan palsu akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang.”
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita