Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NS mainkan peranan penting pelihara identiti sosial, perkukuh identiti negara, kata Presiden Halimah

Perkhidmatan Negara bukan sekadar asas pertahanan negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Dec 2019 07:57PM Dikemas Kini : 15 Dec 2019 08:32PM

SINGAPURA: Perkhidmatan Negara bukan sekadar asas pertahanan negara.

Ia juga memainkan peranan penting dalam memelihara identiti sosial selain memperkukuh identiti negara.

Demikian menurut Presiden Halimah Yacob semasa berucap kepada lebih 400 kadet yang ditauliahkan sebagai pegawai di Institut Ketenteraan SAFTI hari ini (15 Dis).

Masa yang dinanti-nantikan para kadet akhirnya tiba selepas 38 minggu menjalani latihan.

Mereka kini ditauliahkan sebagai pegawai Tentera, Tentera Laut dan Tentera Udara.

Perbarisan Pentauliahan dihadiri keluarga para kadet, Menteri Pertahanan Ng Eng Hen dan Presiden Halimah Yacob.

Dalam ucapannya, Presiden Halimah menekankan bahawa pasukan teguh SAF akan memastikan Singapura dapat terus menjaga kepentingannya dalam keadaan sejagat yang tidak menentu.

Beliau menambah, rakyat Singapura perlu terus memperkukuh dan melindungi identiti unik Singapura yang terbina atas kepelbagaian.

Para pegawai dalam perbarisan ini akan berkhidmat dalam SAF.  

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan