NParks siasat dakwaan lelaki potong bulu, misai kucing di Everton Park
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lembaga Taman Negara (NParks) sedang menyiasat dakwaan seorang lelaki menangkap seekor kucing berwarna hitam dan memotong bulu serta misainya dengan gunting.
Satu rakaman CCTV dimuat naik ke Instagram oleh pengguna @timmytheblackcat_ pada Ahad (8 Feb), sehari selepas berlaku kejadian tersebut.
Video itu menunjukkan seorang lelaki yang memakai kemeja-T berwarna coklat dan seluar pendek menghampiri kucing tersebut sambil memakai sarung tangan dan memegang gunting.
Dia dilihat menahan kucing itu di sebalik tembok dan menggunakan gunting tersebut. Kucing itu kemudian berjaya melepaskan diri dan lelaki itu mengejar haiwan tersebut.
Satu lagi catatan di akaun Instagram tersebut, yang dipercayai dikendalikan oleh penjaga kucing masyarakat itu, menunjukkan gumpalan bulu di dalam bakul kucing dan di atas lantai. Ia juga menunjukkan misai kiri kucing itu dipercayai sudah dipotong.

Mediacorp sudah menghubungi penjaga tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, pengarah penguatkuasaan dan siasatan NParks, Joshua Teoh berkata: "NParks memandang serius terhadap semua maklum balas yang diterima daripada orang awam, dan akan menyiasatnya dengan teliti jika terdapat maklumat yang mencukupi."
"Seperti semua siasatan, segala bentuk bukti sangat penting, dan bukti bergambar serta rakaman video yang diberikan oleh orang awam akan membantu pihak kami."
Beliau mengingatkan orang ramai supaya segera melaporkan kes-kes yang disyaki melibatkan kebajikan haiwan, seperti penderaan atau pengabaian haiwan, kepada NParks di go.gov.sg/reporttoavs atau menghubungi Pusat Respons Haiwan di talian 1800-476-1600.
Laporan daripada Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) yang dikeluarkan awal bulan ini menunjukkan terdapat penurunan pada jumlah kes penderaan dan kebajikan haiwan pada tahun lalu.

Namun, 608 kes yang disahkan pada 2025 tetap merupakan angka yang "membimbangkan", menurut SPCA, memandangkan ia hanya membentuk kes-kes yang diketahui oleh pihak badan tersebut, dan jumlah di seluruh negara berkemungkinan lebih tinggi.
Pada 2024, SPCA mencatat 961 kes sedemikian, iaitu yang tertinggi dalam tempoh 12 tahun.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.