NParks siasat aduan burung merpati diracun
Lembaga Taman Negara (NParks) sedang menyiasat satu dakwaan kekejaman terhadap burung-burung merpati yang berlaku semasa gerakan menghapuskan haiwan itu di Hougang pada Selasa (10 Apr).
SINGAPURA: Lembaga Taman Negara (NParks) sedang menyiasat satu dakwaan kekejaman terhadap burung-burung merpati yang berlaku semasa gerakan menghapuskan haiwan itu di Hougang pada Selasa (10 Apr).
Sebuah kumpulan penyelamat haiwan liar membuat aduan kepada NParks setelah ia menerima rakaman video burung-burung tersebut diracun sebelum dibuang ke dalam beg sampah hidup-hidup.
Video ini dirakam di luar Hougang Mall pada Isnin lalu oleh seorang penduduk yang berasa tertekan setelah melihat cara burung-burung ini ditangani.
Kumpulan kebajikan haiwan ACRES datang ke Hougang untuk menjalankan siasatan selepas menerima video tersebut.
Tujuh ekor burung dapat diselamatkannya tetapi dua daripadanya kemudian mati manakala dua lagi masih dirawat.
Majlis Bandaran Aljunied-Hougang menyatakan pihaknya telah menerima semakin banyak aduan berkaitan gangguan burung-burung merpati di kawasan itu.
Ia terpaksa membuat keputusan untuk menghapuskan burung-burung tersebut.
Menurutnya lagi cara-cara lain yang dicuba di merata Singapura untuk menangani masalah itu didapati tidak berkesan sepenuhnya.
Tahun lalu, ACRES menerima 94 panggilan dari orang ramai supaya ia menyelamatkan burung-burung merpati.
Jumlah itu dua kali ganda daripada yang diterimanya pada tahun 2017 dan yang tertinggi sejak 2015.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.