NParks siasat 60 kes biak kucing secara haram
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lembaga Taman Negara (NParks) menyiasat hampir 60 kes pembiakan kucing secara haram, dan merampas lebih 90 ekor kucing daripada para pembiak haram itu antara Januari tahun lalu hingga Ogos 2024.
Menurut Menteri Negara Kanan bagi Pembangunan Negara Tan Kiat How, kucing-kucing tersebut kini di bawah jagaan NParks dan menjalani pemeriksaan berkala oleh doktor haiwan.
Encik Tan berkata, sejak syarat pelesenan bagi pembiakan komersil kucing peliharaan dikeluarkan pada Julai tahun lalu, sebanyak tiga pembiak komersil sudah diberi lesen.
Mereka menyewa unit di The Animal Lodge, di mana lebih banyak unit boleh diperuntukkan bagi pembiakan sekiranya diperlukan.
Orang ramai dinasihati supaya membeli kucing daripada pembiak berlesen demi sebab-sebab kesihatan.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.