NParks selesai baiki jambatan rosak di Paya Simpanan Sungei Buloh
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lembaga Taman Negara (NParks) sudah membaiki sebatang jambatan yang rosak di Paya Simpanan Sungei Buloh.
Ini selepas seorang lelaki dan anak perempuannya yang berusia dua tahun jatuh ke dalam sebuah lubang di jambatan tersebut semasa musim cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini.
Jambatan itu melintasi pintu air yang mengawal paras air di kawasan tersebut.
Pihak berkuasa mengatakan sebahagian daripada panel lantai jambatan itu tercabut ekoran tekanan air pasang dan hujan lebat.

Setelah air surut, NParks mengepung kawasan terjejas untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan.
NParks akan terus memantau paras air di paya simpanan itu dan juga menutup sementara beberapa bahagian yang mudah berlaku banjir.
Lelaki yang terjatuh dalam kemalangan itu hanya mengalami kecederaan ringan.
Anaknya pula tidak cedera.

Sumber : CNA/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.