Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

NParks pasang perangkap burung gagak dan CCTV di Toa Payoh

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lembaga Taman Negara (NParks) memasang perangkap burung gagak pada Khamis (25 Mei) di sekitar Lorong 7 Toa Payoh, bersama kamera litar tertutup untuk memantau secara langsung keadaan burung yang ditangkap.

Ia berikutan maklum balas mengenai burung gagak di kawasan itu, tambah pengarah kumpulan pengurusan kehidupan liar NParks Adrian Loo sebagai menjawab soalan Mediacorp.

Perangkap itu terdiri daripada jaring dan belon, dan ia merupakan kali pertama NParks menggunakan kaedah itu.

Ketika Mediacorp pergi ke kawasan di Blok 14 dan 14 Lorong 7 Toa payoh sekitar pukul 11.30 pagi Khamis (25 Mei), beberapa orang dilihat sedang memeriksa perangkap tersebut yang diperbuat dari kayu dan wayar. Ia dipagar dengan jaring keselamatan plastik berwarna oren.

b

Ketika itu, dua ekor gagak berjaya ditangkap.

Pada pukul 3.00 petang, tiada lagi burung gagak berjaya diperangkap.

Dr Loo mengulangi bahawa NParks menggunakan "kaedah lebih berperikemanusiaan iaitu dengan memerangkap dan kemudian mematikan burung gagak tersebut untuk mengawal jumlah unggas tersebut".

"Untuk memastikan langkah-langkah mengawal jumlah dijalankan dengan cara yang berperikemanusiaan dan selamat serta tidak mengakibatkan kekejaman terhadap haiwan, NParks menggunakan piawaian berasaskan sains yang diterima di peringkat antarabangsa dan apabila memilih kaedah yang sesuai."

Pada Februari, NParks menyatakan ia sedang mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan jumlah burung gagak di sekitar Bishan Street 12 selepas beberapa orang diserang burung tersebut.

Sebagai tindak balas, Persatuan Berkaitan Penyelidikan dan Pendidikan Haiwan (ACRES) menyatakan meskipun kaedah menakai adalah cara paling cepat untuk menangani aduan dari orang awam, terdapat cara lebih baik untuk mengawal jumlah burung gagak di Singapura.

Sebelum ini, NParks memberitahu Mediacorp bahawa ia menerima sekitar 3,000 hingga 4,000 kes berkaitan burung gagak secara purata setiap tahun dari 2020 hingga 2022.

Ini termasuk aduan tentang bunyi bising, memberi makanan dan serangan burung gagak.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan